Isnin, 6 Jun 2022

Tiktok


Pada mulanya aku tidak berminat untuk mengetahui media sosial tiktok kerana aku sudahpun mempunyai akaun facebook, instagram dll. Cukup sekadar untuk mengetahui serba sedikit tentang isu-isu semasa di media sosial. 

Tetapi bila melihat kelebihan tiktok untuk membuat video content yang hanya memaparkan  beberapa saat dan minit, terasa pula ingin mencuba.  Tetapi masa pula tidak mengizinkan untuk aku mempelajari  ilmu baharu cara tik tok berfungsi  dengan lebih terperinci kerana terikat dgn tugas rutin sebagai suri rumah. Aku mencuba-cuba untuk membuat video di tik tok.  Bagaimana cara untuk membuat video dan boleh pula diselitkan lagu dan ditambah pula dengan teks untuk menarik minat orang lain menontonnya. 

Videoku yang pertama bertarikh 3 September 2021, seperti di bawah ini.

Video Tik tok yang pertama

Video ini aku mulakan dengan mempromosikan produk Atomy sebagaimana aku membuat di fb.  Aku mencuba menggunakan lagu-lagu di tik tok dan lain-lain yang boleh mencantikkan dan memberi minat orang untuk melihatnya.  Alhamdulillah videoku yang pertama mendapat 600 lebih view orang yang menonton videoku.

Semakin aku membuat video tiktok semakin banyak perkara yg dipelajari. Memang seronok membuat content. Jika masih muda macam2 boleh buat. Malu pula dah berumur nak buat macam² 🤣🤣🤣.  Bila selalu membuat video di  tik tok, au berasa seronok pula tetapi kadang kala terasa membuang masa kerana banyak kerja-kerjaku tergendala.

Akhir sekali, aku memutuskan untuk membuat content yang lebih islamik supaya dapat dikongsi dengan insan lain dan selain itu sekurang²nya dapat juga  pahala.

Tiktok

Pada mulanya aku tidak berminat untuk mengetahui media sosial tiktok kerana aku sudahpun mempunyai akaun facebook, instagram dll. Cukup seka...